Pages

Sunday 18 December 2016

Berkat Madinah.


Tua.

SAYA SUKA AYAT2 NI.. MENARIK..

* Renungan bila menjelang tua ...

🍳  *Bila kita tua* ...

Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.

🍳  *Bila kita tua* ...

Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran TUHAN, utk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

🍳  *Bila kita tua* ...

Jangan susahkan  diri memikirkan anak2 secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

🍳  *Bila kita tua* ...

Luangkan waktu  bersama rakan2 lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

🍳  *Bila kita tua* ...

Terimalah penyakit apa adanya.  Kerana Semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati

_*Kata2 nasihat*_

*"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan seperti duit siling, depan lain belakang lain"*.

Jangan ego jangan sombong.. kawan2 kita jg yg tolong urus mayat kita suatu hari nanti nanti..

Selamat menikmati masa hidup dengan bahagia ...

_*Have a nice day......

In shaa Allah.

Saturday 17 December 2016

Rezeki.

NASIHAT UWAIS AL-QARNI TENTANG REZEKI
Imam Uwais Al-Qarni mengatakan: “Allah SWT tidak menerima ibadah dan ketaatanmu meskipun itu sebanyak ibadah seluruh penghuni langit dan bumi, sampai engkau percaya kepada jaminan-Nya.”
Lalu, beliau ditanya, “Apa yang engkau maksud dengan percaya kepada jaminan-Nya itu?”
Beliau menjawab, “Yakinlah kepada jaminan Allah untuk memberi rezeki kepadamu. Yakinlah dengan itu, lalu curahkan dirimu untuk beribadah kepada-Nya.”

--Dikutip dari Kitab Minhajul ‘Abidin karya Imam Al-Ghazali

Risau.

Assallamualaikum

*JANGAN RISAU*

❤Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia, kerana urusan dunia milik Allah..

💜Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki, kerana rezeki datang dari Allah..

💙Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan, kerana masa depan di tangan Allah..

💛Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha, kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, DIA akan redha padamu. Apabila DIA redha padamu, DIA akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu..
(Imam Ibn Qayyim)

Kaaba


Terbaik.


Waktu.

Dari Syeikh Ibrahim bin Adham رحمة الله تعالى :

" Aku telah banyak bergaul dengan kebanyakan para wali Allah, mereka memberi wasiat pada kami, yaitu: " Jika kalian pulang kepada anak dunia (manusia) maka sampaikan kepada mereka 4 perkara :

1. Siapa yang banyak makan, niscaya dia tidak akan mendapatkan kelezatan dalam ibadah.

2. Siapa yang banyak tidur, niscaya dia tidak akan mendapatkan keberkahan pada umurnya.

3. Siapa yang tidak rela meninggalkan keridhaan manusia, niscaya dia tidak akan mendapat keredhaan Allah سبحانه وتعالی.

4. Siapa yang banyak berbicara hal-hal yang tidak berfaedah dan sia-sia maka dia tidak akan keluar dari dunia dengan Iman.
.

4 perkara yang akan membawa seseorang kepada Maqam Muqarrabin (dekat dengan Allah) walaupun sedikit ilmu dan amalannya :

1. Lemah lembut (kasih sayang dan pemaaf).

2. Dermawan (memberi walau tidak diminta).

3. Baik budi pekertinya.

4. Tawadhu’ (rendah hati ).
.

4 waktu yang harus dimiliki oleh seseorang dalam kesehariannya :

1. Waktu untuk bermunajah (mengadu kepada Allah).

2. Waktu untuk bermuhasabah diri.

3. Waktu untuk duduk dengan ulama, menolongnya dan mengambil nasihat darinya atau menuntut ilmu darinya.

4. Waktu untuk menyendiri dan bertafakkur tentang kelezatan dan nikmat sesuatu yang halal (dibolehkan) dan indahnya kurnia yang Allah berikan kepada kita.

Monday 28 November 2016

y2112

GS tea.

Alam Dunia Dan Alam Akhirat. | Facebook

Makan.

Abu Asyraf Ad Dimyatie:
السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan hari ini: *Keberkatan Makan Berjemaah.*

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ حَدَّثَنِي وَحْشِيُّ بْنُ حَرْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ قَالَ فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ قَالُوا نَعَمْ قَالَ فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ
قَالَ أَبُو دَاوُد إِذَا كُنْتَ فِي وَلِيمَةٍ فَوُضِعَ الْعَشَاءُ فَلَا تَأْكُلْ حَتَّى يَأْذَنَ لَكَ صَاحِبُ الدَّار.
Maksud hadith :-
Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa Ar Razi telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim dia berkata; *telah menceritakan kepadaku Wahsyi bin Harb daripada Ayahnya daripada Datuknya bahawa para sahabat Nabi sollallahu 'alaihi wasallam berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang?" Baginda bersabda: "Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri." Mereka menjawab, "Ya." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian makan secara berjemaah, dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi keberkatan padanya."*
*Abu Daud berkata, "Apabila engkau berada pada satu majlis kemudian dihidangkan makan malam, maka janganlah engkau memakannya hingga pemilik rumah mengizinkanmu."* (Hadith riwayat Abu Dawud : 3272, Ibnu Majah : 3277, Ahmad : 15498)

Tuesday 8 November 2016

Senarai isteri Nabi.

Senarai Isteri Nabi Muhammad Dan Sebab Baginda Menikahi Mereka..

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW

1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

2. Saudah binti Zam’ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

12. Mariah binti Syam’un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat – 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat – kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat – 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat – 28 tahun)
5. Fatimah (hayat – 29 tahun)
6. Abdullah (hayat – kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam’un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat – 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat – 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku ‘Muhammad Rasulullah’ oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan ‘mengenal Rasulullah saw’ oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu’alam…

Monday 31 October 2016

Kubur.

Sedikit perkongsian ilmu ..

Murobbi - Ustaz Dusuki Abd Rani
Tempat - Masjid Intim Ipoh
Tajuk - Peringatan Kubur

- Orang yang berjaya ialah apabila dia mati , kuburnya menjadi taman taman Syurga ..

- Orang yang banyak harta dan duit tapi bila dia mati , kubur dia menjadi lorong2 Neraka .. Maka kehidupan dia atas dunia dulu tidak bermakna ..

- Ada orang yang buruk perjalanan hidupnya tetapi pengakhiran banyak sungguh husnul khotimah .. Pengakhiran ini lah yang paling bermakna kepada kita .. Itu lah yang akan menentukan macam mana kehidupan kita diakhirat nanti ..

- Kenapa kita kena ada bekal .. Ulamak sebut , ramai diantara kita nanti apabila mengadap Allah Taala membawa hati yang penuh dengan kekecewaan . Dia mati dalam keadaan tidak bersedia .. Dia mati dalam terkejut ..

- Ramai orang terkejut apabila mendengar kematian seseorang .. Tetapi tahukah kalian , mayat itu lebih lagi terkejut .. Terkejut bahawa dia sudah meninggal dunia ..

- Bayangkan , bila kita masuk je dalam kubur .. Tengok2 kita tak ada bekal .. Semua amalan kosong .. Allahurobbi .. Orang begini ialah golongan yang hidup atas dunia dalam keadaan sesat .. Setiap kali dia buat amalan , dia merasakan amalan itu diterima Allah Taala .. Diri solat tapi x khusyuk , berpuasa tetapi x ikhlas , menunaikan haji tetapi x mendapat haji mabrur..

- Ada 3 kelompok manusia yang akan menghadap Allah Taala ..

1. Disebut dalam surah an Nisa - Orang yang dimatikan oleh Malaikat Maut dengan keadaannya membuat khianat pada diri sendiri.. Ini ialah mereka yang mati dalam keadaan berbuat maksiat , mati dalam keadaan tidak solat , mati ketika berjudi ..

2.Golongan kedua .. Allah Taala cerita dalam Quran , ketika mereka lupa peringatan Allah , lalu Allah Taala buka pintu maksiat yang dia lakukan .. Nauzubillah .. Kenapa Allah buka ?? .. Sebab Allah Taala nak beri istidraj pada dia.. Allah Taala akan buka sampai dia rasa seronok dengan maksiatnya .. Di saat dia tengah seronok , Allah Taala rentap rohnya .. Maka mati lah dia dalam keadaan hina. Mati dalam maksiat .. Bagaimanalah keadaannya ketika mengadap Allah Taala ..

3. Orang yang mulutnya sentiasa menyebut tuhan kami ialah Allah .. Maksudnya mereka ini sering kali bersyahadah , baca Quran , berzikir , berselawat ..

- Jangan sesekali kita mati dalam keadaan tidak tahu membaca Quran .. Sesiapa yang mati dalam keadaan tak tahu baca Quran sesungguhnya dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri  ..

- Orang yang mati tak bayar zakat termasuk dalam golongan mati dalam keadaan buat khianat pada diri sendiri ..

- Malaikat akan tanya pada mayat didalam kubur .. Kenapa tak belajar untuk baca Quran .. Lalu Malaikat berkata .. Bumi yang Allah Taala buat pada kamu tu sempit sangat ke sampai susah sangat kamu nak mencari guru untuk belajar baca Quran .. Maka kesudahan kamu adalah Neraka Jahanam .. Tempat yang paling buruk Allah Taala sediakan ..

- Ada sekelompok manusia dikalangan kita terang terang lawan Allah .. Tak ada langsung rasa takut pada Allah .. Tak tutup aurat tapi tak rasa bersalah , tak solat tapi tak rasa berdosa ..

- IKIM membuat kajian , Malaysia berada di tangga ke 10 peminum arak tegar dalam dunia ..

- Tiada kekuatan yang paling utama untuk bantu kita di alam barzakh melainkan Al Quran .. Maka bacalah Quran .. Khatamlah Quran sebanyak banyak mungkin ..

- Kita ni dalam beragama ni akan sentiasa berasa nak berhenti , rasa letih .. Jangan mengalah .. Jangan putus asa dengan ujian2 Allah Taala ..

- Kata Ulamak .. Ada 5 ujian besar yang Allah Taala sebut dalam Quran .. Diantaranya .. ::

1. Ujian berasa takut .. Atasi lah ia dengan sentiasa bertakbir kepada Allah .. Apabila takut balik lah kepada Allah ..

2. Ujian dalam berasa lapar .. Lapar ni menyebabkan seseorang itu jadi tamak .. Kerana laparlah manusia lupa daratan . Tak peduli pada halal haram .. Contoh pada bulan Ramadhan , semua kita nak beli .. Sebab lapar nafsu makan bergelora ..

3. Ujian dalam kematian .. Apabila kita tengah sayang pada seseorang , Allah Taala ambil nyawa mereka ..

4. Ujian dalam sakit .. Ditimpa sakit dan musibah ..

- Nabi s.a.w sebut .. Apabila kamu mengaku je kamu mukmin maka ada 5 ujian yang akan berlaku pada kamu ..

1. Hasad dengki
2. Orang Munafiq yang sentiasa membenci kamu
3. Orang Kafir yang tidak akan pernah redho pada kamu
4. Syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan
5. Hawa nafsu yang sentiasa menarik narik diri kamu

- Orang munafik ada 3 sifat ::
1. Bercakap bohong
2. Mungkir janji
3. Diberi amanah , dia khianat

- Nabi s.a.w sebut .. Diantara tanda2 orang munafik ialah apabila dia tak boleh jaga solat Subuh dan Isyaq berjemaah..

- Orang kafir tidak akan redho dengan orang mukmin sehingga kita ikut cara hidup mereka ..

- Ulamak sebut bunuh ada  2 jenis ..

1. Bunuh nama baik .. Mereka akan cari jalan supaya reputasi seseorang menjadi buruk .. Supaya dia sentiasa dipandang serong oleh orang lain ..
2. Bunuh jasad mereka yang beriman ..

- Bila kita nak dekat meninggal dunia , diantara tanda nya ialah dibuka hijab mata kita .. Kita akan nampak Malaikat turun .. Masa kita akan menjadi panjang , sehingga kan setiap orang mengalami saat kesukaran .. Kesukaran dalam keluarnya roh dari jasad .. Malaikat yang turun mencabut nyawa lebih kurang 40 ribu .. Allahurobbi  ..

- Syaitan akan datang ketika diambang sakaratul maut .. Dia akan menyamar sebagai ayah , sebagai ibu dan menghasut supaya jangan mengucap .. Allahurobbi ..

- Ketika nyawa sampai ke halkum .. Allah Taala bertanya ?? .. Siapa yang boleh pulangkan roh kamu ini ?? .. Lalu mayat pun sebut .. Engkau ya Allah , pulangkan lah aku kedunia ya Allah .. Aku bertaubat kepadaMu .. Lalu Allah Taala jawab maka tiada lagi peluang kedua untuk kamu apabila nyawa kamu sampai ke halkum .. Allahurobbi ..

- Jahatnya Syaitan ini sehinggakan dalam kubur pun dia ganggu .. Ketika Malaikat tanya pada mayat .. Siapa Tuhan kamu ?? .. Lalu Syaitan datang dia suruh mengaku dialah tuhan .. Nauzubillah ..

- Himpitan ialah pekara yang pertana berlaku ketika masuk kedalam kubur .. Semua orang akan mengalami himpitan kubur cuma kuat atau tidak sahaja .. Nabi s.a.w sebut ketika Saad Bin Muadz diturun ke kubur , baginda melihat Saad dihimpit kubur sehingga menjadi sehalus rambut .. Allahurobbi ..

- Sahabat lihat wajah Nabi berubah ketika baginda kebumikan jenazah anak perempuanya Zainab dan Ruqayah .. Sahabat tanya kenapa wajahmu berubah ya Rasulullah .. Nabi s.a.w bersabda , Aku melihat anak perempuanku,  Zainab dan Ruqaiyah dihimpit kubur.. Sungguh aku merasa kasihan melihat mereka .. Allahurobbi ..

- Didalam kubur , Allah Taala akan buka kan hijab arah yang kita akan pergi kelak .. Bila dibuka kan hijab dapat melihat Syurga .. Allahurobbi . Sehingga kembang kempis hidung kita .. Kembang kepis sebab tak sangka kita dapat masuk Syurga .. Allahurobbi ..

- 3 pekara yang kita kena jaga betul2 ..

1. Jaga pegangan dalam hidup , jaga aqidah .. Jangan campur selain dari Islam .. Kalau campur , ketika meninggal dunia nanti , memang tak boleh nak mengucap syahadah ..

2. Jaga ibadah .. Jaga solat betul2 .. Jangan malas .. Kalau kita dah berusia 40 tahun keatas , tambahlah amalan2 sunat seperti bangun solat tahajud di waktu malam ..

3. Jaga akhlak .. Selalunya dihujung usia makin tak terjaga akhlak .. Contoh mulut .. Semakin tua semakin dia tak boleh jaga mulut .. Isteri x jaga hati suami , begitu juga sebaliknya .. Semakin tua semakin kasar pertuturan nya ..

- Ada 3 pilihan tahajjud .. Yang paling afdhal cara Nabi .. Tidur kemudian bangun kemudian tidur balik baru bangun solat .. yang kedua , kita tidur lalu bangun solat tahajjud terus tunggu sampai subuh .. yang ketiga . Solat tahajjud sebelum kita tidur malam .. Lepas isyaq boleh solat tahajjud dah ..

- Tahajjud ini akan menjadikan kubur kita bercahaya .. Selesai sahaja soalan Mungkar Nankir yang pertama .. Andaikata kita dapat jawab .. Terus kubur kita menjadi luas sehingga jauh mata memandang .. Kemudian hadir cahaya kehijau hijauan .. Lalu kita pun tanya pada Malaikat .. Cahaya apakah ini wahai Malaikat .. Malaikat sebut inilah cahaya hasil dari solat tahajjud kamu di malam hari ..

- Ada 3 surah yang perlu kita hafal sebelum kita mati ..

1. Surah al Mulk .. Barangsiapa hafal surah al Mulk maka tiada azab kubur buat dia .. Allahurobbi ..
2. Surah al Kahfi .. Barangsiapa hafal surah al Kahfi , ia akan menerangi jasad mereka terang menerang sehingga ke Arash Allah Taala ..
3. Surah al Bakarah .. Barangsiapa yang hafal surah al Bakarah dan melazimkan bacaan didalam rumahnya maka Syaitan tak kan berani masuk kedalam rumah .. Bayangkan didalam rumah pun Syaitan tak berani masuk inikan pulak hati kita yang telah menghafal surah al Bakarah .. Lagilah dia tak berani masuk ..

- Wallahualam -