Asallamualaikum semoga Allah merahmati.dan meredhai sahabat semua
Saat org lain menasihati kamu ,
Jangan sesekali kamu fikir bahawa dia sengaja menunjuk kebaikan dan kehebatannya dalam berbicara .
Walhal kamu sendiri tidak tahu ,
Setiap kata-kata hikmah yang keluar dari mulutnya itu merupakan penyucian hatinya sendiri .
Bukan sahaja untuk kamu
Kerana dia juga perlukan tarbiyah tika mana dia sering rebah . Itulah alasannya dia terlihat tabah .π
π❤️ππππ
Nasihat yang disampaikan tanpa adab yang betul, bukan sahaja menimbulkan salah faham, bahkan perkelahian dan diikuti dengan perpecahan.
Salah satu adab menegur adalah menyampaikan nasihat itu di tempat tersembunyi. Jika menasihati seseorang di hadapan orang ramai, ia akan membuatkannya berasa malu.
Fudhail bin 'Iyadh (w. 187h) berkata: "Seseorang mukmin menutupi lalu menasihati. Seorang pendosa mengistiharkan lalu mencela."
Imam Asy-Syafie berkata: "Sesiapa yang menasihati secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihati. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu."
Wallahuallamπ
No comments:
Post a Comment